Tuesday 27 November 2012

episod 6


TERUS TERANG
Jam menunjukkan tepat jam 2petang.Sesi pembelajaran telah tamat.Fatt,Syik dan Mira bercadang untuk berjumpa dengan Asyhraf di tempat biasa mereka,iaitu taman bunga bersebelahan dengan sekolah mereka.Mereka bertiga ingin bertanya kepada Asyhraf tentang perasaannya terhadap Fatt dan tujuannya bersahabat dengan mereka.
“Fatt,Syik,jomlah kita jumpa abang Asyhraf.Kan kita dah janji dengan dia semalam.Kita mesti buat dia berterus terang dengan kita supaya kita tak tertanya-tanya lagi.”kata Mira.
“Jomlah,aku okey je.Kau okey tak Fatt?”Tanya Syik.
“Aku okey.Jomlah.”balas Fatt dengan suara yang agak lemah.
Mereka bertiga terus menuju ke taman bunga dan apabila mereka sampai,mereka sudah nampak kelibat Asyhraf.Setiap kali pertemuan,pasti kelibat Asyhraf yang akan kelihatan dahulu.
“Assalamualaikum.Lama abang tunggu kitaorang?”Tanya Syik yang telah menyedarkan Asyhraf dari lamunannya.
“Waa’laikumsalam.Taklah baru je sampai.Ada apa nak jumpa abang ni?Macam ada hal mustahak je?”Tanya Asyhraf kepada mereka bertiga.
“Sebenarnya kami nak tanya dekat abang tentang perasaan abang terhadap Fatt.”Tanya Syik sementara Fatt hanya mendiamkan diri sahaja.
“Takkan adik tak tahu lagi.Dah hampir 3 bulan kita berkawan dik,tapi adik masih lagi ragu-ragu dengan abang.Abang sayang sangat dekat Fatt.Fatt lah yang telah merubah abang jadi macam ni.Dulu abang tak macam ni.Kalau adik tak percaya,tanyalah kawan-kawan abang?”terang Asyhraf dengan yakinnya sambil menatap wajah Fatt yang comel itu.
“Abang jangan salah faham.Saya cuma inginkan kepastian sebab selama ni semua orang yang berkawan dengan saya pasti akan kecewakan saya.Saya tak rela dikecewakan lagi.Abang tak rasa apa yang saya rasa.Cuma Syik dan Mira je yang setia kepada saya.”balas Fatt kepada Asyhraf supaya tidak berlakunya salah faham antara mereka.
“Fatt,dengar sini.Abang takkan kecewakan Fatt sebab Fattlah satu-satunya perempuan yang telah merubah diri abang.Abang sayang Fatt.Ingat tu!”jawab Asyhraf sambil menatap mata Fatt.
Fatt sungguh terharu mendengar keikhlasan Asyhraf.Sahabatnya juga terharu sehingga mengalirkan air mata.Tiba-tiba,Mira dan Syik menyampuk perbualan antara Fatt dan Asyhraf.
“Hai bang,sayang dekat Fatt je ke?Dekat kitaorang tak sayang ke?”sampuk Mira untuk menceriakan suasana.
“A’ah la bang.Dekat kitaorang tak sayang ke?Tak kan sayang dekat Fatt je?”sambung Syik pula.
“Korang dua orang mestilah abang sayang jugak coz kalau bukan kerana bantuan korang,mesti abang tak boleh kawan dengan Fatt ni.Hehehe.Abang gurau je lah.Abang pun sayang dekat korang.”jawab Asyhraf dengan lembutnya.
“Abang,saya harap abang tak kecewakan saya dan tak tinggalkan saya.Saya pun sayang sangat dekat abang.”sampuk Fatt tiba-tiba dan suasana menjadi sedih semula.
“Ye,abang janji dekat Fatt.Dah jangan nangis lagi.Nanti abang pun nangis.”Jawab Asyhraf untuk meyakinkan Fatt sambil memegang tangan Fatt.
“Okey guys.Jangan sedih-sedih lagi.Jom pergi minum,nanti abang Asyhraf belanja.Hehehe.”kata Syik untuk menceriakan semula suasana.
“Abang okey je.Fatt okey?”Tanya Asyhraf untuk mengetahui keadaan Fatt.
“Fatt rasa Fatt nak balik rumahlah.Fatt tak ada selera.Abang ajaklah Syik dengan Mira.Fatt balik dulu ye?”jawab Fatt dengan sayunya.
“Erm,abang tak payah pergi minumlah.Tak syok kalau tak ada Fatt coz nanti suasana tak ceria.”sampuk Mira dan Syik.
Mereka berempat membatalkan rancangan mereka untuk pergi minum.Mereka terus pulang ke rumah.Fatt,Syik dan Mira berasa amat lega kerana Asyhraf telah berterus terang akan perasaannya terhadap Fatt.Mimpi ngeri Mira tidak lagi menghantui fikiran mereka bertiga.



to be continue...















SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment