Monday 12 November 2012

episod 2


PERTEMUAN YANG TAK DIDUGA

Loceng telah pun berdering.Itu menandakan bahawa telah masuknya waktu rehat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Cahaya.Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin sekolah yang terletak bersebelahan dengan dewan sekolah.Tiba-tiba,Syik ternampak sekumpulan pelajar Pra-U sedang menuju ke kantin.
“Wei geng,korang nampak tak apa yang aku nampak?”kata Syik sambil menuju ke kantin.
“Aku rasa aku tahu apa yang kau nampak Syik?”jawab Mira.
“Kau pulak Fatt nampak tak apa yang kitaorang nampak?”tanya Syik dan Mira serentak.
Sewaktu Syik dan Mira bertanya kepada Fatt,Fatt tidak sedar kerana dia sibuk dengan buku permainan kegemarannya itu,SUDOKU.
“Woi,Fatt!Kitaorang tanya kau ni!”marah Syik dan Mira.
“Opps,sorry ye.Aku tak dengarlah.”jawab Fatt tergagap-gagap.
“Macam mana kau nak dengar,dari tadi sibuk dengan Sudoku dia tu je.”perli Syik.
“Korang ni jangan marah.Aku betul-betul tak dengar apa yang korang cakap.”balas Fatt.
“kitaorang tanya,kau nampak tak apa yang kitaorang nampak?”tanya Mira.
“Oh,aku nampaklah.Aku nampak ramai orang berebut-rebut nak beli makanan.”jawab Fatt.
“Ish kau ni.Tu aku pon nampak.Maksud aku,tu abang Pra-U yang kau minat tu ada kat kantin.”balas Mira.
“So,kau nak suruh aku buat apa?Biarlah,diorang pun nak makan jugak.”jawab Fatt dengan suara yang lembut.
“Kau ni Fatt.Buang masa aku je cakap dengan kau.”kata Mira dengan geramnya.
“Okey guys,jangan gaduh.Dah jom kita beli makanan Fatt.Mira kau nak ikut tak?”Tanya Syik.
“Erm,malaslah.Lagipun aku dah kenyang.”jawab Mira.
“Okey,kau tunggu aku dengan Fatt dekat sini.Jangan pergi mana-mana!”kata Syik.
Syik dan Fatt pun menuju ke tempat jual makanan.Meraka biasanya tidak makan makanan yang berat seperti nasi gorang atau mee goreng.Mereka hanya makan roti atau buah-buahan atau hanya minum sahaja.
Sewaktu sedang membeli makanan,Fatt tidak perasan bahawa abang yang diminatinya sedang beratur di belakangnya.Syik yang melihatnya,hanya mendiamkan diri kerana dia saja hendak mengusik sahabatnya itu.Tiba-tiba,Fatt tersenggol tangan abang itu sewaktu hendak mengambil makanan.
“Opps,sorry bang.”kata Fatt tergagap-gagap akibat terperanjat bahawa orang yang diminatinya ada di belakangnya.
“It’s okay.Sikit je pun.”balas abang itu.
“Saya tak sengaja.Sorry ye.”balas Fatt.
“Tak apa.Abang tak tercedera pun.”balas abang itu.
Fatt dengan rasa malunya terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran dan terus berlari menuju ke meja makan.Abang itu hanya tersenyum melihat gelagat Fatt.Fatt menceritakan kepada kedua-dua sahabatnya itu.Mereka hanya mengetawakan Fatt.Muka Fatt menjadi merah padam akibat usikkan sahabatnya itu.






to be continue...





SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment