Monday 3 December 2012

episod 7


EXAM FEVER
Masa berlalu begitu pantas.Pejam celik-pejam celik,sudah sampai ke penghujung tahun.Fatt,Syik dan Mira sedang sibuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan SPM semakin hampir.Mereka harus berusaha lebih untuk mencapai target.Mereka bertiga ingin ke universiti dan mencapai cita-cita mereka.
Fatt bercita-cita ingin menjadi seorang doctor atau pilot.Syik dan Mira mempunyai cita-cita yang sama iaitu pensyarah.Memang banyak persamaan antara Syik dan Mira.Sebab itu Fatt menggelar mereka sebagai kembar tak seiras.
Asyhraf juga akan menduduki peperiksaan STPM.Mereka berempat akan menduduki peperiksaan awam pada bulan yang sama.Mereka sering ke taman bunga untuk mengulangkaji pelajaran.Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain.
“Abang,petang ni nak study tak?”Tanya Fatt sewaktu Asyhraf sedang makan di kantin.
“Abang okey je.Syik dan Mira join tak?Kalau diorang tak join,lagi best.Bolehla abang berdua-duaan dengan sayang abang ni.”jawab Asyhraf dengan manjanya.
“Gatal la abang ni.Tak baik tau,kesian dekat diorang,lagipun saya lemah subjek sejarah.Mira terror tau subjek sejarah.Sebab tu dia perlu ada.”balas Fatt.
“Yelah Fateh Nur Iman.Abang saja je gurau.Dah lama tak gurau macam ni coz sibuk dengan study.”balas Asyhraf sambil ketawa kecil.
Semasa dalam kelas,Syik dan Mira berjumpa dengan Fatt untuk memberitahu bahawa mereka tidak dapat join untuk study group pada petang ini kerana mereka ingin ke kedai buku yang terletak agak jauh dari sekolah.Fatt agak gembira kerana sudah lama dia tidak berdua-duaan dengan Asyhraf kerana selama ini ke mana sahaja dia pergi,pasti kedua-dua sahabatnya itu akan menemaninya sehingga Fatt kadang-kadang berasa rimas dengan sikap kedua sahabatnya itu.
Pada jam 3 petang,Fatt telah sampai terlebih dahulu di taman bunga.Dia membaca buku sambil menuggu Asyhraf sampai.Tiba-tiba,ada suara yang menyapa Fatt iaitu Asyhraf.
“Assalamualaikum.Mana yang lain?”Tanya Asyhraf.
“Waa’laikumsalam.Diorang tak join coz diorang pergi kedai buku.”jawab Fatt.
“Huhu,bestnya diorang tak ada.Boleh la kita berdua-duaan kan?”balas Asyhraf dengan girangnya.
“Ish,abang ni.Okey,jom kita start sesi pembelajaran kita.”balas Fatt lagi untuk mengubah topic.
“Tak payah nak tukar topic ye cik Fatt.Ingat abang tak tahu apa yang ada dekat fikiran Fatt sekarang ni?.Fatt pun sukakan diorang tak ada?”usik Asyhraf.
“Mana ada.Abang ni nak belajar tak?Kalau tak nak,Fatt balik jelah.”jawab Fatt saja untuk membuat Asyhraf berasa menyesal dengan kata-katanya tadi.
“Alah,janganlah merajuk sayang abang ni.Abang gurau je.Abang rindu dengan kemesraan kita yang dulu.Ni lah masanya untuk kita bermesra,sementara Syik dan Mira tak ada.”terang Asyhraf untuk membetulkan keadaan.
“Abang,Fatt mengaku yang Fatt pun rindu saat-saat kemesraan kita.Tapi,peperiksaan dah semakin hampir.So,saya kena focus.Abang pun kena focus supaya dapat result yang gempak.Okey,harap abang faham.”balas Fatt dengan suaranya yang manja itu.
“Okey.”balas Asyhraf sepatah.
Selepas perbualan ringkas antara Fatt dan Asyhraf itu,mereka terus belajar sehingga jam 5 petang.Study group yang ditubuhkan amat berkesan bagi Fatt kerana banyak pengetahuan yang dia dapat berbanding belajar sendirian.
Asyhraf bersyukur kerana dia dapat membantu Fatt sedikit sebanyak yang dia tahu.Dia ingin melihat adik angkat kesayangannya itu berjaya hingga ke menara gading.Dia sentiasa mendoakan kejayaan Fatt dan sahabat-sahabat Fatt.



 to be continue...

SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment