Thursday 15 November 2012

episod 4


bahagia
Selang beberapa hari,tiga sahabat baik itu menjalani kehidupan seperti biasa.Tiada lagi surat misteri yang Fatt terima.Mereka telah melupakan tentang hal itu dengan mudah sekali.
Pada suatu hari,selepas tamat sesi pembelajaran,Mira dan Syik telah menerima surat daripada seorang abang Pra-U yang ingin bertemu dengan mereka berdua untuk membantunya membuat rancangan supaya dapat bersemuka dengan Fatt.
“Assalamualaikum.Awak berdua ni kawannya Fatt kan?”Tanya abang itu kepada Mira dan Syik.
“Waa’laikumsalam.Ye kami kawan Fatt.Abang ni siapa and kenapa nak jumpa kitaorang?”Tanya Syik.
“Nama abang Muhamad Adam Asyhraf bin Muhamad Fauzi.Abang tingkatan 6 Cemerlang.Abang nak korang tolong abang atur plan untuk jumpa Fatt.”’jawab Asyhraf.
“Oh,abang pun dah jatuh hati dekat Fatt ke?”Tanya Syik.
“Entahlah.Sejak insiden yang berlaku sewaktu abang sedang mengambil makanan,abang terus tak boleh lupakan Fatt.”jawab Asyhraf.
“Wah,untunglah Fatt ada orang minat.Jap,macam mana abang boleh tahu yang kitaorang ni kawan Fatt?”Tanya Mira yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Erm,sebenarnya abang tanya budak kelas korang.Hari tu Fatt ada dapat surat tak?”Tanya Asyhraf.
“Ada.Owh,abang yang bagi ea?”usik Syik.
“A’ah.Sebenarnya semua soalan yang abang tanya tu abang dah tahu jawapannya.Abang saja je nak tengok Fatt layan tak benda-benda macam tu.”terang Asyhraf.
Mira dan Syik hanya tersenyum mendengar penerangan Asyhraf yang panjang berjela itu.Mereka tidak sangka bahawa Ayhraf sanggup melakukan hal sedemikian hanya untuk mengenali hati Fatt.
Mereka bertiga terus membincangkan rancangan untuk pertemuan Fatt dan Asyhraf.Mereka berbincang sehingga petang.Tepat jam 4 petang,rancangan mereka telah berjaya disusun dengan rapi sekali.Hanya tunggu masanya sahaja.
Keesokan harinya,mereka menjalankan rancangan tepat jam 4 petang di sekolah.Kebetulan pelajar tingkatan 5 C ada Kelas Tambahan Terancang dan tamat pada jam 3.45 petang.
“Fatt,nanti lepas habis kelas KTT kau teman aku dengan Mira kejap boleh tak?”Tanya Syik dengan hati yang berdebar-debar.
“Nak ajak aku teman kau pergi mana?”Tanya Fatt pula.
“Alah,ikut je.Nanti kau tahulah.Teman tau?”jawab Syik.
“Okey.Aku ikut je.”balas Fatt.
Fatt memang tidak mudah menolak ajakan sahabatnya itu kerana dia tahu sahabatnya tidak akan mengenakannya.Tetapi,kali ini tekaan Fatt salah kerana kali ini dia pasti terkena.Asyhraf yang sudah lama sampai ke tempat yang dirancang,masih sabar menunggu demi Fatt.
“Kita nak pergi mana ni Mira,Syik?”Tanya Fatt tiba-tiba sewaktu dalam perjalanan menuju ke taman bunga yang terdapat bersebelahan dengan sekolahnya.
“Erm,kita nak pergi jumpa seseorang.”jawab Syik tergagap-gagap.
“Hah!Siapa?”Tanya Fatt.
“Adalah,dia nak jumpa kau bukan kitaorang.Sebab tu aku ajak kau.”jawab Mira.
Fatt terdiam sebaik sahaja Mira menjawab soalannya.Dia berjalan sambil berfikir siapakah yang hendak menemuinya.Akhirnya,sampai juga mereka bertiga ke taman bunga itu.
Selepas Syik dan Mira sudah menghantar Fatt ke tempat yang dijanjikan,mereka berdua menjauhkan diri tetapi masih berdekatan dengan taman bunga itu.
Fatt duduk di kerusi sambil menunggu orang yang ingin menemuinya.Tiba-tiba,Fatt terdengar orang memberi salam kepadanya dari belakang.Dia cukup kenal dengan empunya suara itu.Fatt menoleh ke belakang dan dia sangat terkejut kerana melihat orang yang diminatinya ada bersamanya.
“Waa’laikumsalam.Apa abang buat dekat sini?”Tanya Fatt dengan selambanya.Dia masih tidak tahu bahawa Asyhraflah yang ingin menemuinya.
“Sebenarnya,abang tunggu seseorang.Adik pulak buat apa dekat sini?”Tanya Asyhraf pula.
“Oh,saya pun tunggu orang jugak.”jawab Fatt dengan tenang.
Mereka berdua diam sejenak.Tiba-tiba terlintas di fikiran Fatt bahawa orang yang ingin menemuinya ialah orang yang sedang berdiri disebelahnya.
“Jap,sebenarnya abang yang nak jumpa saya ea?”Tanya Fatt tiba-tiba.
“Ye,adik siap boleh tanya lagi.Kan kita dua orang je dekat sini,mestilah abang yang nak jumpa adik.”jawab Asyhraf.
“Sorrylah bang.Saya tak perasan.Hehehe.Jap.jadinya abang dah plan dengan Syik and Mira untuk jumpa saya kan?”Tanya Fatt dengan panjang lebarnya.
“Hehehe,jangan marah diorang.Diorang tak salah,abang yang minta tolong diorang.”terang Asyhraf.
“Pandaikan korang buat plan.Jap,nama abang siapa?”Tanya Fatt.
“Abang ingat adik tak nak tanya nama abang.Nama abang Muhamad Adam Asyhraf bin Muhamad Fauzi.Abang pelajar tingkatan 6 C.”terang Asyhraf dengan lembut.
Fatt seorang yang mudah mesra.Jadi dia tiada masalah dalam mengenali seseorang.Mereka berbual rancak sehingga tak perasan bahawa kedua-dua sahabat Fatt sedang memerhati mereka dari jauh.
Tepat jam 5.30 petang,mereka pulang ke rumah masing-masing.Fatt pulang dengan hati yang gembira.Begitu juga Asyhraf.Syik dan Mira yang melihat gelagat sahabat yang paling disayanginya itu hanya tersenyum.Mereka berdua gembira melihat sahabatnya itu.Sebelum ini,mereka tidak pernah melihat sahabatnya itu begitu gembira.Mereka berdua sentiasa mendoakan kegembiraan Fatt.
 


to be continue... 



SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment