Monday 12 November 2012

episod 3


SURAT MISTERI
Jam nenunjukkan tepat pukul 12 tengahari.Itu menandakan bahawa telah habis waktu pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu bersama cikgu Azhar Sulaiman.Pelajar tingkatan 5 Cemerlang sedang bersiap-siap untuk bergerak ke makmal Sains bagi subjek yang seterusnya iaitu Sains bersama cikgu Nora.
“Jom,kita pergi makmal,nanti lambat pulak cikgu Nora tunggu kita.”ajak ketua kelas 5 C.
Dalam perjalanan menuju ke makmal sains,mereka terserempak dengan pelajar tingkatan 6.Fatt tidak perasan kerana tidak beratur di barisan hadapan.
“Fatt,abang tu.”kata Mira dengan terujanya.
“Biarlah dia.Dia bukan kenal aku pun.”balas Fatt dengan rasa malasnya untuk melayan sahabatnya itu.
Mira dengan kecewanya hanya berlalu pergi meninggalkan Fatt di belakang.Fatt hanya melihat gelagat sahabatnya itu.Semakin dekat pelajar tingkatan 5 C dengan pelajar tingkatan 6 itu.Tiba-tiba,abang yang diminati oleh Fatt itu menegurnya.
“Assalamualaikum.”kata abang itu.
Fatt tersentak dari lamunannya.
“Waa’laikumsalam.”jawab Fatt dengan perasaan terkejutnya itu.
Selepas menjawab salam daripada abang itu,Fatt terus berlari menuju ke barisan depan.Rakan-rakan sekelasnya yang lain berasa pelik dengan tindakan Fatt.
Waktu Sains telah habis.Pelajar tingkatan 5 C menuju ke kelas dengan keadaan yang teratur.Setibanya di kelas,Fatt mendapati bahawa beg sekolahnya terbuka dan terdapat sepucuk surat berwarna purple,iaitu warna kesukaan Fatt.
“Syik,Mira.Ada orang bagi aku surat.”kata Fatt dengan nada yang agak mengejutkan sahabatnya itu.
“Ish,kau ni Fatt.Terkejut aku.Siapa pulak yang bagi kau surat ni.?”Tanya Syik.
“Manalah aku tahu,kalau aku tahu,aku tak tanya koranglah.”balas Fatt.
“Kau buka dulu surat tu,Maybe ada nama orang yang bagi surat ni.”sampuk Mira.
Fatt membuka surat itu dengan hati yang berdebar-debar.Dia membaca dengan teliti.Tetapi tiada tertulis nama pengirimnya.
Assalamualaikum…
Sebenarnya saya nak tanya beberapa soalan dekat awak.
1-siapa nama awak?
2-awak tingkatan berapa?
3-awak kelas apa?
4-boleh saya kenal awak tak?
Saya rasa tu je kot soalannya.Saya harap awak balas.
(Your secret admirer)
Setelah habis baca,Fatt terpinga-pinga kerana tidak sangka bahawa orang sepertinya ada secret admirer.Fatt berfikir begitu kerana Fatt tidak seperti kedua sahabatnya itu.Fatt berkulit hitam manis,berlesung pipit di sebelah pipi kirinya dan agak tinggi.
“Korang,pengirim ni tanya banyak soalan.Korang rasa patut tak aku balas?”Tanya Fatt kepada sahabatnya.
“Kalau aku kan Fatt,aku balas coz dia just tanya nama je kan,bukan tanya apa pun.”jawab Syik dan Mira. 
“Okeylah,aku balas.”balas Fatt.
Selepas itu,cikgu yang mengajar bagi subjek terakhir untuk hari itu telah pun sampai,iaitu Mr.Gan yang mengajar subjek matematik.Mereka melupakan seketika pasal surat misteri itu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajran yang diajar oleh Mr.Gan.






to be continue... 












SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment