Friday 16 November 2012

episod 5


MIMPI NGERI
Selepas pertemuan antara Fatt dan Asyhraf,mereka berdua semakin akrab kerana Asyhraf telah menabalkan Fatt sebagai adik angkatnya.Begitu juga Syik dan Mira.Mereka berempat bersahabat baik dan sering bersama kalau ada masa lapang.
Asyhraf adalah sebagai pemimpin kepada Fatt,Syik dan Mira.Mereka bertiga sering bertanya tentang pelajaran kepada Asyhraf.Mereka sungguh gembira kerana Asyhraf sudi meluangkan masa bersama mereka bertiga.
Pada suatu hari,Mira mendapat satu mimpi ngeri tentang Fatt dan Asyhraf.Dia tidak sanggup untuk menceritakan mimpi itu kepada Fatt kerana dia takut sahabatnya itu akan berkecil hati.Tetapi hatinya tidak senang kalau tidak menceritakan kepada Fatt.
“Fatt,sebenarnya aku ada benda nak cakap dekat kau.Pasal kau and abang Asyhraf.”kata Mira sewaktu Fatt sedang menyusun buku di belakang kelas.
“Apa dia?Cakap jelah.”jawab Fatt dengan tenang.
“Semalam aku mimpi kau and abang Asyhraf kau tu.Mimpi ni buat aku tak sedap hatilah.”kata Mira lagi.
“Cerita je dekat aku Mira.Aku sedia nak dengar ni.”jawab Fatt lagi.
“Aku mimpi yang abang Asyhraf tu sebenarnya cuma nak mempermainkan kau je.Dia saja buat baik dekat kau,aku and Syik.Tapi,motif dia buat macam tu aku tak tahu.Sejak aku dapat mimpi tu,perasaan aku 50 50 terhadap abang Asyhraf.Tapi aku tak kata yang aku percaya mimpi aku tu 100%.Kau jangan salah anggap pulak.”terang Mira panjang lebar.

“Oh,aku tak marah.Erm,mungkin mimpi kau tu betul and mungkin jugak tak.Tapi kalau betul dia cuma nak mempermainkan aku,aku reda coz selama ni semua orang yang nak kawan dengan aku pasti akan kecewakan aku except kau and Syik.Sebab tu aku sayang sangat dekat korang.Biarlah dia,Allah kan maha adil,kalau dia mainkan perasaan aku,dia pasti akan dapat balasannya.”’balas Fatt dengan tenang sekali tanpa rasa marah walau sedikit pun.
“Fatt,kau tahu tak,satu sifat kau yang paling aku suka nilah seorang yang penyabar dan cool je.Fatt aku janji dengan kau,aku tak akan kecewakan kau,kaulah sahabat dunia akhirat aku.”balas Mira juga dengan hati yang sayu.
Mira berasa amat lega sekali setelah selesai menceritakan mimpi ngerinya itu.Mira tidak sangka bahawa Fatt akan mendengar mimpinya itu dengan tenang dan relaks.Dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Fatt.
Sebelum Mira menceritakan mimpinya kepada Fatt,Mira telah menceritakan kepada Syik terlebih dahulu untuk mendapatkan pendapat Syik.Tekaa Syik tepat sekali kerana Syik menjangkakan bahawa Fatt akan terima dengan tenang dan relaks.Syik memang pandai meramalkan reaksi sahabatnya itu.
“Syik,aku dah cerita dekat Fatt.Betulah kata kau yang Fatt tak marah.”kata Mira kepada Syik sewaktu berada di perpustakaan.
“Kan aku dah kata,kau macam tak kenal dia.Dia kan berpegang kepada prinsip ‘Cool and Relax’.”balas Syik dengan sungguh-sungguhnya.
“Tulah.Terukkan aku,kawan sendiri pun tak kenal.”balas Mira lagi.
“Kau bukan tak kenal Fatt,Cuma tak tahu je.Jap,Fatt mana?”Tanya Syik.
“Dia dekat bilik Sakinah,tengah relakskan otak kot.Yelah tadi dah penat belajar.Biarlah dia,malas aku nak kacau.”terang Mira.
“Okey,kita tak payah kacau dia hari ni,tapi esok Insyallah.Hehehehe..”balas Syik.
“hahaha,ayat tak boleh bla.”balas Mira sambil ketawa kecil.
Mereka bertiga amat memahami dan saling mempercayai antara satu sama lain.Itulah yang membuat persahabatan mereka sukar untuk dileraikan.Persahabatan mereka juga telah membuat pelajar-pelajar sekolah menengah itu berasa cemburu.Ada juga yang ingin meleraikan persahabatan mereka bertiga tetapi gagal kerana sifat memahami dan saling mempercayai mereka antara satu sama lain yang menjadi kunci persahabatan mereka berkekalan.




to be continue...














SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment