Friday 14 December 2012

episod 10


Kegembiraan bertukar kesedihan
Walaupun Fatt agak berkecil hati dengan kata-kata Asyhraf tempoh hari,Fatt tetap hadir ke restoran yang dijanjikan untuk menyambut kejayaan mereka berempat.Fatt tidak mahu kedua-dua sahabatnya itu berkecil hati kerana ketidakhadirannya.
Fatt datang bersama Syik dan Mira.Asyhraf masih lagi belum hadir.Walaupun Fatt berkecil hati dengan Asyhraf,dia tetap risau kepada Asyhraf.Dia cuba telefon berkali-kali tetapi engaged.
Tiba-tiba,Fatt mendapat panggilan daripada Asyhraf tetapi bukan Asyhraf yang menelefonnya,orang lain yang menelefonnya untuk memberitahu bahawa Asyhraf terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang tidak jauh dari restoran itu.Fatt yang mendengar berita itu,terus terduduk akibat terperanjat.
“Fatt,kenapa ni?Kenapa dengan abang Asyhraf?”Tanya Syik takut apabila melihat Fatt terduduk.
“Abang Asyhraf excident.”jawab Fatt sambil mengalirkan air mata.
“Astaghfirullahala’zim.Jom kita pergi tengok dekat hospital sekarang.”gegas Mira.
Sebelum mereka bergegas ke hospital,mereka singgah dahulu ke tempat kejadian.Tetapi,Asyhraf telah dibawa ke hospital oleh salah seorang pengguna jalan raya.Setibanya mereka di hospital,keluarga Asyhraf telah memenuhi ruang menunggu di luar bilik kecemasan.
Tiba-tiba,doktor keluar dan bapa Asyhraf terus merapati doktor itu dan bertanyakan keadaan Asyhraf.
“Doktor,macam mana dengan keadaan anak saya?”Tanya bapa Asyhraf kepada doktor yang merawat anaknya itu.
“Anak encik tidak mengalami kecederaan yang parah,cuma terdapat luka-luka kecil sahaja.Kalau encik nak bawa dia balik,hari ini dia dah boleh keluar.”terang doktor itu.
“Alhamdulillah.”ucap semua keluarga Asyhraf.
Bapa Asyhraf tidak mengenali Fatt.Dia berasa pelik kerana orang yang tidak dikenalinya ada sewaktu anaknya di hospital.
“Anak semua ni siapa?”Tanya bapa Asyhraf kepada mereka bertiga.
“Kami kawan Asyhraf pak cik.”jawab Fatt.
“Owh,baik sungguh anak bertiga ni,sanggup meluangkan masa untuk melawat Asyhraf.Terima kasih ye.”balas bapa Asyhraf sayu.
“Sama-sama pak cik.Boleh kami tengok Asyhraf?”Tanya Fatt.
“Boleh.Tapi,dia sedang tidur.”jawab bapa Asyhraf.
“Tak apa,kami hanya melihat keadaannya sahaja.”jawab Syik.
Mereka bertiga masuk ke dalam wad Asyhraf iaitu wad 3 katil no.5.Mereka melihat Asyhraf tidur dengan nyenyaknya.Fatt duduk di sebelah Asyhraf sambil menangis.
“Abang,maafkan Fatt.Sebab Fatt abang jadi macam ni.Fatt minta maaf,Fatt tahu Fatt salah.Fatt janji,Fatt tak akan kecewakan abang lagi.”kata Fatt sambil memegang tangan Asyhraf.
“Sudahlah Fatt,ni semua takdir Allah,bukan salah kau.Abang Asyhraf pasti maafkan kau.Jangan nangis lagi.”pujuk Syik dan Mira sambil mengusap bahu Fatt.
“Jomlah kita balik.Biar abang Asyhraf rehat.”ajak Fatt.
Sewaktu Fatt mahu berdiri,Fatt terkejut kerana tangannya ditarik oleh Asyhraf.Rupa-rupa Asyhraf sudah sedar,tetapi dia sengaja menidurkan dirinya untuk mengetahui apa yang akan Fatt katakan.
“Abang!Abang dah sedar?”jerit Fatt terperanjat sambil memegang tangan Asyhraf.
“Jangan jerit,nanti orang dengar.Sebenarnya,abang dah sedar lama dah.Abang saja berlakon tidur,saja nak tahu reaksi Fatt.”jawab Asyhraf diikuti ketawa kecil.
“Pandai abang berlakon.Boleh dapat award lagi.”usik Mira.
“Abang maafkan Fatt di atas perbuatan Fatt tempoh hari.Sebab Fatt lah abang jadi macam ni.”kata Fatt dengan suara sayunya.
“Jangan cakap macam tu.Ni semua bukan salah Fatt.Abang yang cuai,batu besar pun tak nampak.Abang yang patut minta maaf sebab dah kecilkan hati sayang  abang ni.Maafkan abang ye?”terang Asyhraf sambil memegang erat tangan Fatt.
“Sebenarnya Fatt dah lama maafkan abang.Fatt kecil hati sikit je.”balas Fatt saja mengusik Asyhraf.
“Okey,disebabkan event kita dah tergendala,macam mana kalau kita adakan balik sekaligus sambut abang Asyhraf yang dah berbaik dengan Fatt.Setuju?”ajak Syik dan Mira.
“Semua setuju.”jawab Asyhraf gembira.
Fatt berasa kesal di atas perbuatannya tempoh hari terhadap Asyhraf.Dia bersyukur kerana Asyhraf sudah memaafkannya dan kecederaan yang dialami Asyhraf tidak parah.
Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.


to be continue...











SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment