Thursday 6 December 2012

episod 8


BERMAAF-MAAFAN
Minggu hadapan sudah bermulanya peperiksaan SPM dan STPM.Pada hari Jumaat petang,mereka berempat bercadang untuk mengadakan satu pertemuan khas untuk bermaaf-maafan dan menghalalkan segala ilmu yang pernah dkongsi bersama.
Mereka bercadang untuk berjumpa di sebuah café yang agak private tidak jauh dari tempat tinggal mereka berempat.Mereka bergerak pada jam 4 petang.
Tepat jam 4 petang,Asyhraf,Syikdan Mira telah sampai.Hanya Fatt sahaja yang belum sampai.Mereka sangat risau.Tiba-tiba,Asyhraf terdengar suara orang yang paling dia sayang iaitu Fatt.
“Assalamualaikum.Lama tunggu?”sapa Fatt dari belakang.
“Waa’laikumsa…lam.”jawab mereka bertiga tergagap-gagap kerana melihat keanggunan Fatt berbaju kurung warna coklat dan dikenakan dengan tudung coklat cair yang menampakkan lagi kecantikkan wajahnya yang comel itu.
“Kenapa korang pandang aku semacam je ni?.Baju aku tak cantik ke?”Tanya Fatt segan apabila dipandang oleh sahabatnya itu.
“Tak Fatt.Kau cantik giler hari ni.Kalau kau tak percaya,Cuba kau tengok abang Asyhraf tu,dari tadi tak kelip-kelip tengok kau.”jawab Syik dan Mira sambil memandang ke arah Fatt.
“Betul.Hari ni sayang abang memang cantik.Ni yang buat abang makin sayang ni.”sampuk Asyhraf sambil melihat Fatt.
“Yelah tu.Sorry lambat.Tadi tolong mak jap.”balas Fatt.
“It’s okey sayang.”jawab Asyhraf.
Fatt berasa amat malu kerana Asyhraf sering memanggilnya ‘sayang’ dihadapan sahabatnya itu.Fatt duduk disebelah Asyhraf lalu mencubit tangan Asyhraf kerana telah memanggilnya ‘sayang’.
“Kenapa ni Fatt?”Tanya Asyhraf kesakitan akibat cubitan Fatt tadi.
“Padan muka abang.Siapa suruh panggil Fatt sayang depan kawan Fatt.”jawab Fatt berbisik di telinga Asyhraf.
“Tak apalah.Fatt tak suka ea?Kalau tak suka,tak apalah.”balas Asyhraf merajuk.
“Abang ni,bukan Fatt tak suka.Fatt malu dengan kawan-kawan Fatt lah.Abang,janganlah merajuk.”balas Fatt untuk memujuk Asyhraf yang sedang merajuk.
“Okey,abang tak merajuk lagi except Fatt cium abang?”jawab Asyhraf sambil mengusik Fatt.
“Tak nak lah saya cium abang.Kan kita bukan muhrim.Dosa tau!”balas Fatt.
“Yelah,tapi lepas kahwin boleh kan?”Tanya Asyhraf lagi.
“Abang,apa ni?”balas Fatt dengan memek mukanya yang comel itu.
“woi,apa ni.Berbual dua orang je?Tak ajak pun?”sampuk Syik yang dari memerhatikan gelagat mereka berdua.
“Jangan marah Syik,Mira.Abang Asyhraf ni.”jawab Fatt dengan wajah bengangnya.
“Okey janga gaduh.Baik kita berbalik semula kepada tujuan asal kita adakan perjumpaan ni.”sampuk Mira tiba-tiba.
“Okey.Mula-mula sekali,aku nak minta maaf dekat korang semua.Aku mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Aku sayang korang.Aku doakan korang dapat result yang gempak dan dapat capai cita-cita korang.”terang Fatt dengan nada sayunya.
“Tak lupa jugak dekat abang Asyhraf.Saya mintak maaf dekat abang kalau saya ada buat salah.Halalkan ilmu yang abang curahkan kat saya.Terima kasih kerana sudi kawan dengan saya yang serba kekurangan ini.Saya pun sayang dekat abang.”sambung Fatt lagi sehingga menitiskan air mata.
“Fatt,jangan nangis.Abang dah lama maafkan Fatt dan abang pun sayang dekat Fatt.Fatt lah belahan jiwa abang yang pertama dan terakhir.”kata Asyhraf sambil menyapu air mata yang menitis di pipi Fatt.
“Aku pun dah lama maafkan kau Fatt.Kau lah sahabat sejati kitaorang.”sambung Syik dan diikuti oleh Mira dengan suara yang teresak-esak.
“Aku sayang korang semua.Jangan tinggalkan aku.”balas Fatt dengan air mata yang berjurai-jurai.
“Abang tak akan tinggalkan Fatt.Kawan-kawan Fatt pun tak akan tinggalkan Fatt.”jawab Asyhraf sambil memegang tangan Fatt.
“Betul kata abang Asyhraf.Kitaorang tak akan tinggalkan kau.”sampuk Syik dan Mira sambil memegang tangan Fatt juga.
“Terima kasih sangat dekat abang,Syik dan Mira coz sentiasa di samping Fatt bila Fatt memerlukan korang semua.”balas Fatt lagi dengan air mata yang semakin deras.
“Fatt,kenapa ni?Jangan nangis lagi nanti kitaorang pun nangis.”jawab Mira untuk memujuk Fatt supaya tidak menangis lagi.
“Betul tu Fatt.Jangan nangis lagi ye sayang abang ni.”sampuk Asyhraf dengan suara manjanya.
Mereka berempat bermaaf-maafan sehingga ke petang.Semasa sesi pertemuan itu,Fatt yang paling sedih sekali kerana dia merasakan dirinya terlalu hina dan rendah dihadapan Asyhraf,Syik dan Mira.
Syik dan Mira memahami keadaan yang menimpa Fatt kerana Fatt pernah menceritakan kepada mereka berdua.Syik dan Mira tidak suka akan sikap Fatt ini kerana bagi mereka,Fatt sama seperti mereka.Fatt merasakan dirinya rendah dan hina kerana dia datang dari keluarga sederhana,paras rupa yang biasa-biasa saja dan tidak sebijak Syik dan Mira.Padahal,setiap kali peperiksaan,pasti Fatt yang mendahului mereka berdua.
Tepat jam 6 petang,mereka berempat pulang ke rumah.Fatt dihantar oleh Asyhraf kerana bimbang dengan keadaan Fatt yang banyak menangis tadi.Syik dan Mira pulang berdua sahaja.



 to be continue...

SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment