Monday 10 December 2012

episod 9


RESULT GEMPAK
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar SMK Sri Cahaya yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM sudah pun tiba.Hari ini keputusan peperiksaan akan diserahkan kepada para pelajar.Perasaan Fatt,Syik dan Mira amat gementar sekali kerana mereka takut tidak mencapai target.
Tepat jam 10 pagi,keputusan akan diumumkan oleh pengetua SMK Sri Cahaya.Keputusan bagi pelajar yang cemerlang dahulu akan diumumkan.Nama pelajar yang mula-mula diumum oleh pengetua ialah nama Fatt.
“Assalamualaikum.Hari ini,saya akan mengumumkan keputusan bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dahulu.Okey,Pelajar yang mendapat 10 ‘A+’ ialah Fateh Nur Iman binti Mohd.Zain,dipersilakan naik ke pentas!”kata pengetua SMKSC dengan girangnya.
Fatt tercengang apabila namanya diumumkan sebagai pelajar yang mendapat keputusan paling cemerlang.Kedua-dua sahabatnya berasa amat gembira untuk sahabatnya itu.Fatt terus memeluk kedua sahabatnya itu lalu mengalirkan air mata kegembiraan dan terus bergerak ke pentas untuk mengambil keputusan peperiksaannya.
“Fatt,tahniah.Semoga awak dapat capai cita-cita yang awak idamkan selama ini.”pesan pengetua sewaktu menyampaikan keputusan kepada Fatt.
“Terima kasih puan.”balas Fatt kegembiraan.
Di atas pentas,Fatt mencari-cari kelibat Asyhraf tapi tidak ketemu.Fatt berasa sedih sekali kerana di saat dia gembira,orang yang disayangi tiada bersamanya.Sebenarnya,Asyhraf ada di belakang dewan cuma Fatt yang tidak nampak.
“Seterusnya,pelajar yang mendapat 10 ‘A+’ ialah Siti Mira Suraya binti Abdul Razak dan Noor Asyikah Natasha binti Nordin.”umum pengetua SMKSC.
Syik dan Mira melompat kegirangan kerana mereka juga mendapat keputusan yang cemerlang.
“Ketiga-tiga pelajar ini adalah pelajar terbaik sekolah kita tahun ini.”umum pengetua lagi.
Mereka bertiga berpelukkan di atas pentas lalu mengalirkan air mata kegembiraan.Asyhraf yang melihat gelagat mereka di atas pentas hanya tersenyum.Akhirnya,Fatt nampak juga kelibat Asyhraf di bawah sambil melambai ke arahnya.
 Dia sangat gembira kerana Ayhraf juga gembira di atas kejayaannya.
“Seterusnya,saya nak umumkan keputusan STPM pula.”kata pengetua untuk menarik perhatian pelajar-pelajar yang riuh berkongsi kejayaan.
Semua pelajar tingkatan 6 berdebar-debar termasuk Asyhraf yang berbadan tegap dan sasa itu.
“pelajar yang paling cemerlang bagi STPM ialah Muhamad Adam Asyhraf bin Muhamad Fauzi. Dari tingkatan 6 C.Dipersilakan naik ke atas pentas.”umum pengetua gembira.
Asyrhraf sangat gembira sehingga melompat-lompat kegirangan.Dia juga bersyukur kerana diberi kejayaan bersama orang yang dia sayang.
Selepas sesi pengambilan keputusan telah tamat,mmereka berempat bertemu di tepi dewan.Mereka bercadang untuk menyambut kejayaan mereka.Mereka ingin menyambut di sebuah restoran yang agak mahal yang disponsor oleh Asyrhaf.Fatt berasa malu untuk menyertainya kerana dia tidak menyumbang apa-apa.
“Aku tak joinlah coz aku tak sumbang apa-apa pun,malu lah.”kata Fatt kepada mereka bertiga.
“Jangan cakap macam tu.Datanglah,kalau adik tak datang abang merajuklah?”jawab Asyhraf.
“Saya malulah bang.Korang semua ada sumbangan tapi saya taka da sumbang apa-apa pun.”jawab Fatt.
“Siapa kata kau tak sumbang apa-apa?Kau kan sumbang perut and mulut.Sumbang jugak kan?”sampuk Syik dan Mira.
“Yelah tu.”jawab Fatt.
“Datang tau Fatt,kalau kau tak datang,aku tak nak kawan dengan kau.”balas Mira.
“Yelah aku datang.”jawab Fatt lagi.
“Ye ye,sayang datang.!Huhuhu.”sampuk Asyhraf kegirangan.
“Abang,apa ni?Macam orang tak betul je?”gurau Fatt.
“Abang jadi tak betul pun sebab Fatt lah.Hehehe.”jawab Asyhraf saja mengusik Fatt.
Fatt amat bengang dengan jawapan Asyhraf itu.Dia terus beredar untuk pulang ke rumah tanpa memberitahu sahabatnya.Tiba-tiba,tangan Fatt ditarik oleh Asyhraf.
“Fatt,jangan marah abang.Abang minta maaf okey sebab buat Fatt malu depan kawan Fatt.Maafkan abang ye?”kata Asyhraf dengan suara yang perlahan.
“Fatt tak marah pun.Okey Fatt nak balik.Assalamualaikum.”balas Fatt dengan suara yang sama perlahan sambil melepaskan tangannya dalam genggaman Asyhraf.
Fatt terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.Asyhraf dilanda rasa bersalah.Tapi,dia telah ditenangkan oleh kedua-dua sahabat baik Fatt,Syik dan Mira.
“Kenapa Fatt sensitif sangat?Tadi dia happy je?”Tanya Asyhraf kepada Syik dan Mira.
“Memang patut pun Fatt buat macam tu.Kalau saya pun saya akan ambil tindakan macam Fatt.”jawab Mira dengan suara yang tegas.
“Okey,abang tahu abang salah.Nanti abang minta maaf dekat dia.”balas Asyhraf bersalah.


to be continue...

SUKA DAN SUKI :)

No comments:

Post a Comment